Saturday, October 15, 2016

Jenis manusia yang tidak boleh dibuat sebagai kawan


Since aku jenis yang sangat sayangkan kawan-kawan aku, aku nak share tips pasal kawan ni. Harap-harap janganlah kita jumpa spesis yang akan aku sebutkan dibawah ni nanti yer.. Kalau terjumpa jugak, larilah segera dari mereka-mereka ni.

1. Orang yang cepat marah dan merajuk.
Kawan jenis ni agak spoil sikit. Dalam mana-mana hal kalau tak puaskan hati dia, memang dia akan moody the whole time. Kalau boleh, jauhilah spesis ni sebab mood dia akan mempengaruhi mood kita like seriously. Move on kalau nak stay happy. Aku pun pernah kena dengan manusia spesis ni, salah satunya time diploma dulu, cakap-cakap dengan dia tapi tak dilayan. Hujung-hujung aku blah lah terus tak pernah tegur dia sampai sekarang. Aku memang tak ada masa nak memuaskan nafsu orang yang macam tu. Yuck!

2. Orang yang cepat cemburu a.k.a hasad dengki yang dahsyat.
Bila kita lebih sikit dari dia, mulalah dia nak bersaing. Tak boleh nampak kita senang dan gembira, dia pun nak juga lebih dari semua tu. Kalau dia tak mampu nak mengatasi kita, dia akan berusaha buat kita sedih dan susah hati. Selagi kita senang, hati dia tak akan gembira sampai bila-bila.

3. Orang yang kuat mengumpat.
Ini dah jadi kebiasaan di kalangan kita semua. Bayangkan time kita ada dengan dia, bukan main baiknya dia layan ibarat "pijak semut pun tak mati". Tapi bila kita tak ada bersama dia, mulalah dia menyebarkan keburukkan kita kepada semua orang. Jumpa orang macam ni kalau boleh jangan sesekali ceritakan rahsia kita kepada dia. Mulut spesis ni tak ada tapis-tapis, silap-silap hari bulan dia boleh buat-buat cerita.

4. Orang yang SANGAT pentingkan keluarganya dari rakannya sendiri.
Spesis ni pun susah nak dibuat kawan. Demi keluarga, boleh-boleh pula dia tinggalkan kita macam sampah. Lepas tu, bila nak minta tolong itu dan ini, pandai pula mencari kita-kita ni. Sebetulnya, janganlah TERLALU utamakan famili dari rakan atau orang lain yang sememangnya sudah jadi sebahagian dari hidup kita. Famili memang penting, tapi biarlah seiring dengan perkara lain. Sebagai contoh, kita keseorangan minta tolong kawan temankan. Kawan pula sanggup packing pakaian datang dari jauh untuk bermalam. Tiba-tiba ayah mak kita datang jemput kita balik rumah, sampai hati kah nak tinggalkan kawan macam tu? Kawan pun ada banyak jenis, tak perlulah kita terlaung-laung mengatakan "family are more important than friends", "Friend end with END, family end with ILY(I love you)" quotes apa entah macam kau seorang jer ada family. Aku rasa spesis orang yang macam ni selalu TER-KAWAN dengan kawan-kawan yang tak guna macam dia jugak.

5. Orang yang SANGAT pentingkan boyfriend/girlfriend dari rakannya sendiri.
Spesis yang ni pun sama jer macam yang nombor 4. Bila dah break, baru terhegeh-hegeh nak cari kawan, nak cari family.

6. Pembuli
Spesis ni pun satu, nak minta kena tampar. First-first elok jer berkawan, lama-lama "minta tolong" dia dah jadi macam mengarah buat itu dan ini. Kalau terkena jenis yang senang dibuli tu, nasib badanlah. Demi kawan kononnya, sanggup buat apa saja.

7. Orang yang suka pakai barang orang lain.
Orang jenis ni muka tak tahu malu. Sekali-sekala pinjam atau pakai barang orang lain itu ok. Tapi kalau dah tahap "barang kawanku, barang ku jua" tu dah minta kena kaki. Kalau yang jenis tinggal serumah tu, makan pun pakai barang orang, mandi dan pakaian pun kalau boleh sama-sama pakai. Itu belum lagi pinjam duit. Mulut cakap "pinjam tu" dan "pinjam ni", bayarnya entah bila.

8. Orang yang suka "angkat bakul".
Dalam perbualan hariannya, tidak sah kalau tak puji dirinya sendiri. Cerita pasal dirinya cantiklah, kayalah, beli itu beli inilah, ada orang suka dialah, "saham" naiklah, dia pergi melanconglah, dia dan boyfriend/girlfriend dia bahagia tersangatlah, anak dia lagi cerdik dan comellah dan sebagainya dengan ayat-ayat menyampah dia. Kalau sekadar berkongsi cerita dimana kita pun join "angkat bakul" sekali tak apalah juga. Ini dengar kita cakap pun tidak, janji dia cerita dulu.

9. Orang yang utamakan gadget secara berlebihan.
Bila lepak jer dengan kawan duduk semeja, mulalah dia tunduk menatap smartphone, scroll ke bawah, ke atas, berchatting, tengok gambar atau main game sambil kawan dia bercakap seorang diri itupun nasiblah kalau meja dan kerusi ada telinga nak mendengar. Sekali sekala menjenguk ke screen smartphone tu dah kira ok dah, tak perlulah berlebih-lebih.


P/s Tak ada hubungan persahabatan yang sempurna, baik dan buruk kita cuba terima dan perbaiki diri masing-masing.


Wednesday, October 12, 2016

Bunuh diri


Tidak semua manusia dilahirkan dengan hati yang kental dan kuat. Kadang-kadang putus cinta yang kita anggap perkara remeh-temeh itu amat berat deritanya bagi sesetengah orang. Sebab hati kita semula jadi kuat, kita dibesarkan dengan suasana yang berbeza dan dididik dengan cara yang lain dari orang lain. Tapi, itu tak bermakna kita boleh menyindir orang yang mempunyai hati yang lemah.

Tidak lama dahulu, aku pernah ternampak satu cerita pasal seorang budak di media sosial rasa tertekan ingin bunuh diri (katanya) dan mulalah komen-komen sumbang kelihatan menyindir, menghina dan memperbodoh-bodohkan, malahan menggalakkan lagi budak tersebut untuk membunuh diri. Mostlynya orang Melayu beragama Islam. Selalunya aku malas nak mention bangsa dan agama tapi entahlah, makin lama makin tak dapat elak kenyataan yang sememangnya berlaku mentah-mentah di depan mata.

Mungkin kita rasa orang yang bunuh diri itu sememangnya "bunuh diri". Tapi pernahkah kita terfikir orang yang bunuh diri sebenar dalang pembunuhnya adalah kita-kita yang tidak pernah cuba menjaga hati dan perasaan orang lain?

Bunuh diri memang salah di sisi agama Islam dan Kristian, agama lain aku tak tahu. Tapi, bagaimana seseorang yang taat pada agama cuba untuk membunuh dirinya? Dia tahu itu berdosa, dia tahu apa yang akan terjadi padanya selepas dia "mati".

Itulah perkara sinonim bila sering kita fikirkan tentang mereka. Seseorang yang dikatakan bunuh diri kerana fizikalnya lakukan perkara sedemikian, namun jiwanya TIDAK. Kitalah pembunuh yang sebenarnya. Kitalah penyebab mereka bertindak demikian. Kitalah yang berhati kental cuma merendah-rendahkan semangat dia untuk hidup sehingga dia akhirnya "putus harapan".

Sungguh lucu bila kita pula yang mengatakan yang mereka ni pendosa tanpa sedikit pun kita tidak memandang ke arah kita sendiri. Itulah manusia bila cintanya lebih kepada Syurga dari "Tuhan" dan sesama manusia.

Memang wujud manusia yang cuba bunuh diri semata-mata mahukan perhatian. Ya, perbuatan itu agak bodoh sama seperti kita bergambar selfie dan post di media sosial atau buat perkara yang pelik untuk jadi viral di mata orang lain atau berlagak kuat agama supaya ada orang puji. Terimalah, kita semua mahukan perhatian sebab kita takut merasa kesunyian lebih-lebih lagi untuk mereka yang masih remaja.


Kan bagus kalau aku ni kaya, rasa nak buat pertolongan untuk orang yang sebegini. Agama dan ahlinya seperti membantu dengan tidak begitu berkesan dengan typical nasihat yang mungkin berupa harapan yang sama lagi dan lagi. Kita sebenarnya perlukan sesuatu yang boleh memberi respon pada kita, bukannya berpura-pura merasakan seseorang itu ada hanya untuk buat hati pura-pura lega. Tahu apa yang mereka perlukan? Bukan hantu atau benda ghaib atau binatang yang mungkin tidak memahami perasaan kita. Pandanglah diri kita sendiri, adakah kita cukup ambil berat dengan perkara yang berlaku sekeliling kita (Tidak termasuk benda-benda viral di Facebook yang entah betul atau tidak) ?